Sunday, April 24, 2011

Fatimah Sarawak Kek Lapis

Hanya yang TERBAIK dan BERBEZA Rasa..........
@@ RASA YANG ASLI ~ RASA BUATAN SARAWAKIAN @@



INGAT KEK LAPIS SARAWAK ~ INGAT Fatimah Sarawak Kek Lapis 

Kek Lapis Sarawak / Layer Cake - resepi yang diturunkan dari generasi ke generasi merupakan   tradisi dan kebanggaan warga Sarawak bagi menghasilkan kek lapis semasa musim perayaan.

Namun pada hari ini, Kek Lapis Sarawak bukan hanya makanan yang sedap dan unik untuk pelbagai masyarakat pada setiap musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas tetapi juga merupakan hidangan untuk majlis perkahwinan, Hari jadi,hadiah, hantaran dan pelbagai lagi majlis yang terdapat di Malaysia.

Untuk menghasilkan Kek Lapis Sarawak, ia perlu melalui proses manual dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Kek lapis ini dapat dihasilkan melalui proses bakar atau kukus.





Untuk menghasilkan satu kek lapis biasa, ia memerlukan masa di antara 4 hingga 5 jam manakala kek lapis yang memerlukan corak yang pelbagai ia boleh memakan masa selama 2 hari. Kesabaran dan ketelitian yang tinggi diperlukan dalam menghasilkan kek tersebut.



Oleh demikian Kek Lapis Sarawak mempunyai kualiti yang tinggi dan boleh disimpan untuk jangka masa yang lama.

No comments:

Post a Comment